Saturday, December 10, 2011

Perkembangan terbaru?

Sabtu ni 10/12/2011 akan mula berlakun sebagai prempuan orang asli.....dan ibu kepada namron dan Taiyuddin Bakar dalam drama buat rtm berjodol Anak Hero....arahan melissa saila, jangan lupa tonton ;)

Sunday, December 4, 2011

Percalonan Bertamu Memori dan Korban Cinta

Percalonan Bertamu memori dan korban cinta di jadikan soundtrack filem Sumpahan Puaka

Sinopsis Filem Sumpahan Puaka

Sebuah lagi filem seram yang akan menemui penonton di pawagam, edaran Genius Parade Sdn Bhd. Mengisahkan tentang seorang pelukis bernama Shamsudin yang bercadang untuk memasuki sebuah kampung untuk mencari ilham bagi menghasilkan karya lukisan terbarunya. Setelah berada di kampung itu untuk beberapa hari, Shamsudin mengalami pelbagai insiden yang pelik. Mak Jah berjaya memaksa Shamsudin untuk bersumpah supaya akan sentiasa menjaga Mak Jah. Shamsudin mula merasa pelik apabila ada yang memberitahu bahawa Mak Jah sebenarnya telah mati.
Diterbitkan dan diarahkan oleh M. Suurya, dilakonkan oleh Imuda, Mislina, Maimon Mutalib, Rozita Rohaizad, Erry Putra, Shafiq, Haziq, Leya, Abdul Ghani dan Mashitah. Skrip dan lakon layar pula oleh M. Subash. Pengarah fotografi oleh Lesly Leon Lee. Penolong Pengarah oleh Tasya Keristifa (UiTM).

Filem ini akan menemui penonton di pawagam mulai 20 Oktober 2011.

Rozita Rohaizad - Bertamu Memori AKA soundtrack for Sumpahan Puaka
http://youtu.be/XPtJ_x9pc7U

Rozita Rohaizad - korban cinta aka soundtrack for Sumpahan Puaka
http://youtu.be/-Hgxwk1ziWM 

* update terbaru dari Rozita Rohaizad 04/12/2011 -

Filem sumpahan puaka - sebenar nya lagu Bertamu memori dan korban cinta di jadikan soundtrack filem tersebut dan di calonkan dalam filem festival 2011 sebagai soundtrack filem terbaik...